Selasa, 03 Ramadhan 1446H bersamaan 04 Mac 2025M
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan ianya jua adalah merupakan bulan kerinduan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana setiap amal ibadat yang dilakukan di bulan mulia ini akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Sayugia, umat Islam adalah dianjurkan untuk memperbanyakkan amal ibadat di sepanjang bulan puasa ini yang mana di antara kegiatan keagamaan yang menjadi pilihan umat Islam sepanjang bulan penuh keberkatan itu adalah bertadarus Al-Quran. Di samping mempunyai fadhilat yang banyak, amalan bertadarus Al-Quran juga dapat mengeratkan tali silaturrahim terutama sekali apabila dilakukan secara berkumpulan.


Tidak ketinggalan dalam sama-sama meraih peluang di bulan mulia dan suci ini, para pegawai dan kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan juga turut mengadakan aktiviti bertadarus Al-Quran setiap pagi di Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan.